Friday, November 6, 2009

Tafsiran Rahsia Mata Seorang Wanita

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, iri hati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


Nota kaki : Kepada kaum Hawa yang terasa, harap tidak berkecil hati kerana ini hanya sekadar tafsiran


Sunday, October 18, 2009

Hati & Perasaan

Maaf pembaca-pembaca sekalian, lama tak menjengah ke Blog ku ini.. Bukan sengaja tapi terlalu sibuk & terlalu stress dgn pelajaranku. Maybe sebab dah Final Sem. Dan yang paling perit apabila aku diuji dgn dugaan yg amat besar dari Yang Maha Esa. Terasa sgt tertekan tapi mungkin semua ini ade hikmah utk diriku. Sedih yang teramat, terasa hati, kecewa & berbagai lagi jenis perasaan yg ku rasai di waktu ini.. Hari-hari ini ku lalui dgn kemurungan kerana tak sangka perkara ini akan terjadi di waktu aku sibuk dgn Projek, Thesis & Final Exam. InsyaAllah aku akan cube terima kenyataan dan meredhainya cuma mungkin memakan masa sedikit.. Aku tahu bahawasanya Allah Maha Mengetahui segalanya & tahu apa yang terbaik utk hamba-Nya..

Hurmm, berharap sgt agar sahabat-sahabatku akan sentiasa memberi semangat kpd ku utk melalui hari-hari yang mendatang.. Bersama celoteh ini, aku sertakan sekali lirik lagu dari Francesca Peter.. Entah kenapa aku rasa lagu ini sungguh sedap utk di dengar ketika ini.. Lagu ini boleh di'download' atau bagi sahaja email & aku akan hantar kepada sesiapa yg mengkehendakinya.. Lagu ini sangat menusuk jiwa jika di hayati dgn hati yang ikhlas~~

Akulah Kekasihmu
by Francesca Peter

Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Mengasyikkan perasaan ini

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas... ini

Sejenak itu aku menyedari
Betapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu



Thursday, October 1, 2009

Hikmah Wudhu'


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan.


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmahnya yang tersendiri.


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu' sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?


Bersyukurlah dan bertaubat selalu..



Wednesday, September 30, 2009

Ibu, wanita, perempuan...

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menggalas dunia, namun harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kekadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan pada bila masa ia perlukan."

"Kau tahu, kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 1430H

Assalamu'alaikum para pembaca & sahabat sekalian..

Rasanya masih belum terlambat untuk diriku, Alif Roznan dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak 1430H kepada pembaca yang dikasihi serta rakan kenalan Muslimin & Muslimat. Saya dan keluarga mohon jutaan ampun maaf zahir batin dunia akhirat dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada tersalah silap, terkasar bahasa, kekhilafan, keterlanjuran cakap, perbuatan & segalanya. Moga Syawal kali ini membawa kegembiraan kepada kita semua..

Aidilfitri kali ini disambut dengan agak sederhana tetapi masih ada kegembiraan dan kenikmatannya yang tersendiri. Pada 1 Syawal yang lalu, kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau dekat kawasan kediaman kami di Saujana Utama, Sg. Buloh. Selepas sessi bermaafan dan bergambar bersama keluarga, kami menuju ke destinasi pertama kami di AU3, Keramat iaitu kediaman emak saudara saya, Siti Dermawan dan keluarga. Tujuan utama ke sana adalah untuk bertemu dengan nenda tercinta yang berada di sana di samping beraya dengan saudara mara.

Syawal kali ini kami sekeluarga tidak pulang ke Kuala Kangsar dan Taiping, Perak seperti Syawal sebelumnya kerana saudara mara terdekat serta nenda saya sudah tiada di sana. Bagaimanapun pada hari Sabtu, 27 Sept bersamaan 8 Syawal, kami sekeluarga telah di jemput ke majlis Perjumpaan Keluarga Besar Hj Salleh Bin Hj Mohd Daud di Felda Soeharto, Tg Malim. Beliau merupakan moyang saya di sebelah pihak bapa saya. Lebih kurang 200 orang telah berkumpul di sana dan masih ramai lagi yang tidak mengambil bahagian sama. Kami sekeluarga hanya beraya di sekitar Lembah Klang dan Selangor melawat saudara mara serta sahabat handai dan di samping itu menanti kunjungan mereka ke rumah kami. Walaupun tidak semeriah seperti sebelum ini, Syawal kali ini membawa seribu makna kepada saya dan keluarga (",)

Ini adalah antara gambar-gambar kami sekeluarga pada 1 Syawal yang lepas...


Keluargaku bersama keluarga Pak Ngah, Shahril (sebelah ibu)di Paya Jaras, Sg. Buloh...