Saturday, March 28, 2009

Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauau lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat pewira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada’

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lama
Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia’ pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara



Monday, March 23, 2009

Erti Sahabat

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Wednesday, March 4, 2009

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
* Hindarkan perasaan irihati ( benci )
* Jangan terpengaruh dengan harta dunia
* Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
* Bersihkan diri dgn bertaubat
* gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
* Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNKAR NANKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAQIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca Al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan Allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi Muhammad S.A.W

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."



Ayat Tersirat Perempuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom gi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban..Ermm, ko gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Andainya Wanita Tahu

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita atau mencuci mata.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!