Monday, January 26, 2009

Kesempurnaan Aqidah

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah menurut Ulama’ Usuluddin..

Rukun Syahadah:
1.Menetapkan zat Allah.
2.Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
3.Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
4.Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.

Syarat Shahadah:
1.Memahami erti dan maksud syahadah.
2.Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
3.Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.
4.Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
5.Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
6.Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
7.Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah.

Implikasi Syahadah Yang Benar:
1.Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
2.Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar.
3.Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.

10 Perkara Membatalkan Syahadah:
1.Menyekutukan Allah
2.Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja.
3.Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
4.Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam.
5.Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
6.Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
7.Menenung nasib dan bermain sihir.
8.Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9.Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10.Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran

No comments: