Monday, June 8, 2009

Doa Untuk Kekasih




Ya Allah…

Seandainya telah engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan...

Dia bukan miliku...

Bawalah ia jauh dari pandanganku...

Luputkanlah ia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Melontar bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja nan merah…

Agarku bisa bahagia...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta...

Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...

Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik buat ku...

Kerana engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan di akhirat...

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin Ya Rabbal ‘Alamin



Status Wanita Di Akhirat


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
• Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasulullah SAW bersabda " Tiada si bujang (Muslim) di dalam syurga". Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia".

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
• Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
• Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah SWT dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
• Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
• Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
• Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasulullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

Transformers: Revenge of the Fallen



Salam..
Aku de satu program menarik...
De sorang member aku bagi cadangan nak tgk Tranformers x lama lagi..
Aku rase cite ni terbaekkk gakla..
Saje je nak ajak ramai2..korang nak join x?
Aku bukan pe,nnt kalau x ajak,korang ngutuk aku lak...cakap aku lupe member la,itula..inila..
Skang ni aku dah ajak,so terpulang kat korang...

Kepade sesape yg nak follow,juz bagi name kat comments a.k.a luahan perasaan nie k...
Marila ramai2 kite memeriahkan majlis ni..huhu
Kalau boleh,confirm 5 ari awal dari tarikh coz nak book tiket...1st day ni,cepat habes maa..

Tarikh: 24 June 2009
Mase: Malam (siang keje n practical)
Tempat: GSC Signature @ The
Gardens
Tiket: Premiere Class

Idea: Mae Ismayatim, Wan Mohd Paan, Cdon Najib n laen2...



Sunday, June 7, 2009

10 Perkara yang tidak boleh diucapkan kepada Si Dia



1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu

4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan... .

6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin luangkan masa dengan kamu

7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..

8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni bosanla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini...

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kenapa??



Sedarlah wahai insan

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkanlah...