Thursday, June 11, 2009

Bermain Dengan Nombor

CUBA BUAT..
MESTI DAPAT..

Ambil kalkulator anda sekarang dan cuba langkah-langkah yg disebutkan di bawah ini:

* Jangan masukkan perngiraan sekali gus, buat langkah demi langkah

1. Masukkan tiga nombor pertama handphone anda itu (bukannya 012,016 atau 019) ke kalkulator.
2. Darab dgn 80
3. Tambah 1
4. Darab dengan 250
5. Campurkan empat nombor terakhir telefon anda
6. Sekali lagi campurkan empat nombor terakhir tadi
7. Tolak 250
8. Bahagi dengan 2

Cuba tengok mesin kira-kira anda,betul tak yg tertera itu adalah nombor handphone anda?
Kalau tak percaya,cuba sekali lagi..
Dapat Tak?

Wednesday, June 10, 2009

Lawak Boss

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie...Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah.
Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awal kot Boss?
Bosss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3 : A'kum Boss!
Boss : Ha? Pasal pe pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kot boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu Fardzu Kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..

Pekerja 4 : A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu menunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee..hee

Moralnye...janganlah kite permainkan solat kite..

Tuesday, June 9, 2009

Hiaslah & Sayangilah Kekasihmu

Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul...sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other...
Di satu hari yang giler forever depan yang Maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betul...Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka...
Di suatu hari yang giler forever...

Saye suka tengok body awek saya...
Cantik betol...Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong...
Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia...Yang Utama...
Dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya...
Saya pun tumpang dapat pahala…Pergh syoknya...

Saya sedih tengok awek saya...
Tidak tido,tidak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu juga...
Ada problem yang sama...
Dia tanya ape ubatnya?
Saya pun bagi dia AL-Quran untuk penenang jiwa...
Semoga dia lebih cintakan-Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya...
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum,drive elok-elok tau,
nanti abang sakit saya susah ati bla,bla,bla" katanya...
Tapi tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu...
Saya tak kata satu apa pun…
Berdosanya saya...

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumpa dia giler forever...
Yang forever punya forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya…
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Cinta itu anugerah ALLAH...
Jaga la anugerah tersebut sebaiknya...
Jangan kotorinya dengan dosa...

Semoga saya pun ambil iktibar...

Sekadar Peringatan Buat Dirimu dan Diriku...
Yang Sering Terlupa dan Lalai...

Monday, June 8, 2009

Doa Untuk Kekasih




Ya Allah…

Seandainya telah engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...

Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan...

Dia bukan miliku...

Bawalah ia jauh dari pandanganku...

Luputkanlah ia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Melontar bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja nan merah…

Agarku bisa bahagia...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan Ya Allah yang tercinta...

Gantillah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...

Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik buat ku...

Kerana engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan di akhirat...

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin Ya Rabbal ‘Alamin



Status Wanita Di Akhirat


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
• Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasulullah SAW bersabda " Tiada si bujang (Muslim) di dalam syurga". Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia".

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
• Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga
• Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah SWT dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
• Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
• Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
• Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasulullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir".

Transformers: Revenge of the Fallen



Salam..
Aku de satu program menarik...
De sorang member aku bagi cadangan nak tgk Tranformers x lama lagi..
Aku rase cite ni terbaekkk gakla..
Saje je nak ajak ramai2..korang nak join x?
Aku bukan pe,nnt kalau x ajak,korang ngutuk aku lak...cakap aku lupe member la,itula..inila..
Skang ni aku dah ajak,so terpulang kat korang...

Kepade sesape yg nak follow,juz bagi name kat comments a.k.a luahan perasaan nie k...
Marila ramai2 kite memeriahkan majlis ni..huhu
Kalau boleh,confirm 5 ari awal dari tarikh coz nak book tiket...1st day ni,cepat habes maa..

Tarikh: 24 June 2009
Mase: Malam (siang keje n practical)
Tempat: GSC Signature @ The
Gardens
Tiket: Premiere Class

Idea: Mae Ismayatim, Wan Mohd Paan, Cdon Najib n laen2...



Sunday, June 7, 2009

10 Perkara yang tidak boleh diucapkan kepada Si Dia



1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu"
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana perempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya.

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk."
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas.

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang"
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan memberikan kesan dalam perhubungan kamu

4. "Hai, janganlah asyik marah2"
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemungkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak"
- kamu memang mengecewakan... .

6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut"
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masa inilah dia ingin luangkan masa dengan kamu

7. Bedebat pertahankan pendapat
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemenangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya..

8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni bosanla"
- percayalah hubungan kamu boleh putus dengan ayat ini...

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??"
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi"
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kenapa??



Sedarlah wahai insan

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkanlah...