Friday, September 11, 2009

Kata Hati

Hari ini hari ke 21 di bulan Ramadhan. Umat Islam seperti biasa menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Aku seperti yang lain juga melalui hari ini seperti hari-hari yang sebelumnya. Puasa untuk hari ini telah berjaya ku tunaikan, moga Allah menerima segala Ibadat ku di sepanjang bulan yang mulia ini. Tetapi entah kenapa, aku rasa macam tidak sempurna hari ini. Fikiranku jauh melayang ke tempat lain, hatiku pula sentiasa berkata sesuatu. Aku pun tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku dalam diri ini. Kadang-kadang terasa gembira, sedih, bosan, rindu dan sebagainya. Hurm..RINDU.. Aku rasa perkataan ini lah yang paling tepat untuk aku tafsirkan tentang diriku pada hari ini. Setiap masa asyik teringatkan seseorang. Beliau adalah seorang sahabat baik ku dan kini beliau berada jauh dari ku di bumi asing.

Aku pun tak tahu kenapa aku terlalu risau akan dirinya, mungkin disebabkan sudah beberapa hari aku tidak dapat bercakap dengannya. Beliau sebenarnya berada di sana hanya untuk 10 hari bertujuan melawat salah seorang ahli keluarganya, di samping itu masa berada di sana juga digunakan untuk beliau bercuti merehatkan minda dari segala kerja di Malaysia. Baginya, 10 hari adalah waktu yang terlalu singkat tetepi tidak bagiku. Aku merasakan bagai terlalu lama berjauhan. Bagaimanakah akan ku tempuh hari-hari yang mendatang apabila aku berjauhan dengannya. Aku sangat berharap agar diriku ini lebih tabah dan cekal andaikata beliau akan berada jauh dari ku untuk waktu yang lebih panjang kelak.

Seperti yang diberitahu tadi, setiap masa pada hari ini aku menunggunya untuk dihubungi. Walaupun tidak dapat mendengar suaranya, tetapi hatiku akan lebih gembira jika dapat bertanya khabarnya di sana. Sahabatku ini seorang yang ku rasa paling rapat dengan diriku. Tidak dinafikan yang aku sudah lama tertarik dengannya. Kata-katanya, wajahnya, nasihatnya dan segalanya....

Ishq,ape yang aku merepek n mencarut ni..maaflah,tibe2 mood jiwang datang sekejap..huhu..xpela,abaikan je k..hurm,nak gelak pun aku x kisah..saje aku isi mase lapang ku mlm ni..tp serius r aku rindu...huahuahua~~


Wednesday, September 9, 2009

Jiwa Yang Tulus

Takkan ku sangkal adanya
Bahawa cinta sempurna itu tiada
Dalam diri setiap manusia
Yang memang tak sempurna
Takkan ku ingkari adanya
Bahwa cinta hari ini
Dapat hilang esok lusa
Namun hari ini,
hanya engkau di hati
yang kucinta…
yang kusayang…
Tulus di jiwa
Sepenuh raga
Hingga kuingin untuk selamanya

Tapi maafkan aku jika
Hingga kelak ku sarungkan cincin di jari mu
Cinta ini masih tak pasti
Masihkah semalam dan hari ini
Masihkah misteri esok hari.



Monday, September 7, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Salam..
Aku rasa maseh lum terlambat utk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadahn Al-Mubarak kepada Muslimin & Muslimat.. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta keberkatan dan kemuliaan kepada anda semua~~




Aku Kembali

Pejam celik mata,sudah 2 bulan berlalu...dalam waktu itu,aku tidak menyentuh langsung laman blog ku...bukan sahaja meng'edit',malah aku tidak terfikir langsung untuk membuka & membaca segala isi kandungan nya...ntahla,bagai kan terlupe kpd laman blog rekaan aku sendiri..mungkin aku terlampau 'bz' dgn pelajaranku, almaklumlah 'final sem'...hampir setiap minggu keluar masuk 'lab' utk siapkan FYP (Final Year Project),betul2 punye 'bz' ni..tapi aku rasa sebab paling utama blog ini ditinggalkan ialah 'FACEBOOK'...aku sgt gian bermain dgn 'FACEBOOK'..aku rasa bukan aku bersendirian,kawan2 ku yang lain juge sudah ketagih bermain 'FACEBOOK' a.k.a. 'FB' ni...

Minggu ni adelah minggu ke-3 bulan Ramadhan(16hb),dan aku pulang ke rumah famili ku di Sg Buloh...di waktu inilah terdetik dalam diri ni perasaan untuk menghias kembali laman blog ku ini...perasaan rajin ini dtg secara tiba-tiba...mungkin disebabkan aku terpandang keindahan sebuah laman blog milik teman adik ku xpun sbb aku bosan tiada kerja nak dibuat...so,aku rase selepas ini aku akan kembali 'usha2' blog aku ni...mungkin tidak terlalu kerap 'coz' banyak lagi benda yang perlu aku selesaikan...so,rajin2lah jenguk k~~~


p/s: ini kalau Sab ngn Baem bace,mesti diorang gelak, mmg chii la..ikut kome la~~