Monday, February 14, 2011

Sedetik Lebih



Perghh... aku sangat tertarik dengan lagu dendangan Anuar Zain bertajuk Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa). Tak tau kenapa, tetapi selepas ternampak salah seorang teman baikku "post link" videoclip lagu ini di laman sosial Facebook dan mendengarinya dengan teliti, terasa betapa bahagianya bila dapat bercinta, sedap je telinga mendengar dan ku ulangi lagu ini berkali-kali. Siap download mp3 full song lagi. Lirik nya juga membawa maksud yang agak mendalam, mungkin serba sedikit menyamai diriku. Ye, aku memang Rock tapi adakalanya kena gak berjiwang..huhuhu :)


Awak...lagu ini saya tujukan untuk awak & saya tahu awak sangat sukakan lagu ini :) :)



Sedetik Lebih





Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu


Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu


*Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa


**Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerna kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Ulang *

Ulang ** (3x)


Kejatuhan pemerintahan rejim Hosni Mubarak



Segala derita dan sengsara rakyat Mesir akhirnya sampai ke penghujung berikutan perletakan jawatan seorang diktator dan Presiden zalim Hosni Mubarak. Gahnya beliau di atas takhta selama 3 dekad akhirnya tamat dengan cara yang paling memalukan. Kejatuhan beliau disebabkan desakan sejumlah besar rakyat Mesir yang sudah serik dengan corak pemerintahan sekular, korupsi, kuku besi serta penindasan kepada rakyat yang diamalkan Hosni.

Timbalan Presiden Mesir, Omar Suleiman telah mengumumkan penyerahan kuasa Mubarak kepada kepimpinan tentera melalui siaran televisyen di negara itu. Nampaknya, suara rakyat Mesir hampir 3 minggu berjaya melemahkan keegoan seorang pemerintah zalim yang dikatakan antara manusia terkaya didunia hasil penyelewangan duit rakyat.


Keputusan Hosni untuk melepaskan jawatan adalah tanda kemenangan dan kejayaan rakyat Mesir yang tidak kenal penat lelah, malah rasa takut kepada anggota tentera pro kerajaan yang bersenjata berkurangan demi menegakkan panji negara tercinta mereka. Mereka sanggup bermalam di Dataran Tahrir demi menyuarakan perasaan mereka terhadap kepimpinan korupsi Hosni.


Sejurus pengumuman dibuat (11 Februari 2011), rakyat Mesir keluar di jalanan beramai-ramai dengan sorakan kegembiraan dan mengibarkan bendera negara Mesir sambil kereta-kereta membunyikan hon tanda kejaguhan rakyat. Sebilangan rakyat di Dataran Tahrir menitiskan air mata sambil melaungkan kalimah “Allahu Akbar” tanda pembebasan rakyat dari genggaman seorang diktator.





Hidup dan matiku hanya untuk agamu ku yakni Islam “Allahu Akbar”