Monday, June 22, 2009

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tersenyum sendiri.

G+I+R+L= ?

When a GIRL is quiet..

Millions of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing..

She is thinking deeply.

When a GIRL looks at u with eyes full of questions..

She is wondering how long you will be around.

When a GIRL answers " I'm fine " after a few seconds..

She is not at all fine.

When a GIRL stares at you..

She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest..

She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL wants to see you everyday..

She wants to be pampered.

When a GIRL says " I love you " ..

She means it.

When a GIRL says " I miss you "..

No one in this world can miss you more than that.


Life only comes around once make sure u spend it with the right person..

Find a guy..

Who calls you beautiful instead of hot..

Who calls you back when you hang up on him..

Who will stay awake just to watch you sleep.

Wait for the guy who kisses your forehead..

Who wants to show you off to the world when you are in your sweats..

Who holds your hand in front of his friends.

Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you..

Who turns to his friends and says,


" That's her!! "


Sunday, June 21, 2009

10 Pesanan Berguna Dalam Melayari Kehidupan

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Bapaku

Teringat masa kecil-kecil dulu..
masa mula memasuki alam persekolahan..
ayah yang sibuk beulang alik..
menghantar dan mengambil ku..
pergi dan pulang dari sekolah.....
ayah janji..
nak belikan aku jam baru...
kalau keputusan peperiksaan ku baik....
walaupun ayah terpaksa
bekerja hingga tengah malam...
untuk penuhi janjinya..

bila aku degil..
ayah marah..
kadang-kadang aku dirotannya..
tapi esoknya..
ayah belikan aku ais krim..
ayah tak marah lagi..
kata ayah..
dia marah sebab sayang...

bila hari raya menjelma..
ayah sibuk..
mengumpul duit..
pastikan aku berbaju baru..
walaupun ayah sendiri..
hanya memakai baju raya 3 tahun yang lepas
kata ayah..
takpe, biar anak-anak bergembira..

hurmm..

kini aku dah dewasa..
rambut ayah pun dah bertukar warna..
kalau dulu ayah gagah..
tapi sekarang..
ayah semakin tak berdaya..

ayah selalu pesan..
jadi orang yang berjaya..
ayah tak pernah cakap..
balas lah jasanya..
kata ayah..
bila dah berjaya..
hidup aku takkan susah lagi..
macam ayah..

hurmm..

ayah..
aku rindu belaian ayah..
masa aku kecil-kecil dulu..
aku rindu bebelan ayah..
masa aku asyik degil tak dengar kata..
aku janji..
aku nak ganti setiap titik peluh ayah..
besarkan aku..
aku nak buat ayah bangga..
aku SAYANG ayah..

SELAMAT HARI BAPA..!!