Wednesday, January 11, 2012

Pengalaman Sebenar Koma



(gambar sekadar hiasan)


Pengalaman Sebenar Koma (Harus Baca)
by Ustaz Nasir

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang sahabat yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua.

Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut.

Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan.

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Pada bulan Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma...

Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas agar Allah memanjangkan usianya.

Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

Jawab malaikat itu baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, "adakah tuan akan mencabut nyawa saya sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?"

Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.

Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat jam 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan!

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.


Pengajaran:

1.
Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.
Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih padanya kalaupun dia mati.

3.
Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa mereka tidak ikhlas, termasuklah saya.

4.
Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

5.
Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.
Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.
Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.
Beliau banyak kali menyakiti hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.
Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.
Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui kisah dan tauladan ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Maka selalulah memberi…





Tuesday, January 3, 2012

DenganMu Aku Hidup - Opick







Denganmu aku hidup
Denganmu aku mati
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidupkan dijalani

Padamu ku berserah
Padamu ku berpasrah
Hanyalah padamu
Hanyalah untukmu
Hidup kan dijalani

Engkau Allah yang Maha Mendengar
Engkau Allah yang Maha Penyayang
Engkau yang mengampuni
Engkau yang memaafkan
Engkau Allah

Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarrul muttaqabbir


*sedap dengar lagu-lagu Opick ni, banyak nasihat di dalam lagunya. bila dengar lagu-lagu ni, teringat drama bersiri TENTANG DHIA slot AKASIA TV3 :)
moga kita semua terus dilimpahi rahmat-Nya ketika hidup di dunia ini~

2012





Pejam celik dah 2012 kan..pergh,tengok balik blog ni rupanya dah dekat 5 bulan aku tak update entri kat sini. Aku pun tak taw kenapa tak menjengah kat sini. maybe busy kot, maybe bosan or maybe malas.."alah,kau frust sebenarnya"..ekeleh,pe hal lak aku nak frust, xde kaitan dengan tak update blog okay. Actually, aku rindu gak menulis tapi tak dapat nak curah kan kat blog ni. Mintak maaflah peminat-peminat semua sebab aku tak update entri baru.. "kecoh je mamat ni, macam lah followers ko baca blog ko ni"...hahaha

Sudah, ape yang aku mencarut & mengarut ni?.. abaikan ye. Okla, sempena di tahun baru ni aku nak ucapkan Selamat Menempuhi Tahun Baru 2012, semoga kita semua lebih diberkati-Nya, semoga kita lebih dekat dengan Dia, ubahlah pengalaman jahil kita dahulu supaya kita berubah kepada yang lebih baik, InsyaAllah. Aku doakan juga agar kawan-kawanku sekalian yang ada menanam impian dan azam di tahun 2012 ini, semoga tercapai hendaknya, InsyaAllah. Aku pun ada pasang satu impian yang sangat besar, hope Allah permudahkan segalanya dan makbulkan hajat aku itu. Minta sahabat semua tolong doakan aku juga ye. Thanx.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Al-Mubarak






Assalamualaikum...

Dalam tak sedar, kita sekarang sudah hampir dengan bulan yang penuh kemuliaan, keberkatan dan kerahmatan dalam takwim Hijrah. Bulan yang dinantikan oleh sekalian umat Islam yang penuh dengan sejarahnya tersendiri. Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka.
Di bulan ini Al-Quran diturunkan dan di bulan ini juga terdapat satu malam yang mempunyai kelebihan begitu besar berbanding 1000 bulan. Kedatangan bulan ini sentiasa dinantikan, ketiadaannya sangat dirindui dan pemergiaannya sesuatu yang ditangisi. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.

Di kesempatan ini, ingin saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keegoan, kealpaan, kekhilafan, kedustaan lidah, keterlanjuran perbuatan, kecerobohan akhlak dan ketinggian hati. Semoga barakah melimpahi diri kita hendaknya. Selamat berpuasa dan rajin-rajinkanlah diri beribadah kepada Allah, InsyaAllah besar ganjarannya.

Jika harta adalah racun,
maka zakat lah penawarnya.
Jika umur adalah dosa,
maka taqwa & taubat ubatnya.
Jika seluruh badan adalah noda,
maka RAMADHAN pembersihannya.

Sambutlah gerbang Ramadhan dengan penut kesucian hati.


Firman Allah maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ". [Al-Baqarah : 183]



Tuesday, July 26, 2011

Sahabat Sejati





Sahabat, kawan dan teman membawa maksud umum yang sama. Cuma setiap insan mentafsirkan pengertiannya dengan pendapat yang berbeza. Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringatkan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan mati.


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Sahabat diperumpamakan sebagai pelangi, jarang sekali untuk kita ketemui tetapi sekali ia muncul membawa seribu erti dan kegembiraan. Sahabat yang mulia, kehadirannnya amat sempurna, pemergiannya pula tidak menyusahkan kita kerana kita mengerti dia pandai menjaga diri dan imannya.


Seringkali kita ucap sayang kepada sahabat kita sehinggakan takut dan teragak-agak untuk menegur setiap kesalahan yang mereka lakukan di depan mata kita. Bukan apa, takut dek kerna teguran kita, sahabat itu terus terasa hati dengan kita. Tetapi bagi mereka yang benar-benar menghargai erti sebuah persahabatan, teguran tersebut amat penting untuk kebaikan sahabat di akhirat kelak. Semoga dapat ketemu di syurga yang indah suatu hari nanti.


Sahabat yang sejati ialah sahabat yang berkongsi masalah bersama-sama, berpanas hujan bersama, menahan lapar bersama, pendek kata semuanya bersama-sama. Cintailah dan sayangilah sahabat sejati kita kerana Allah SWT, InsyaAllah mereka juga akan membalas kebaikan dan menyayangi kita tanpa rasa terpaksa.Bak kata pepatah Arab;

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sajak untuk Sahabat

Dikala hujan turun kerana ketentuan-Nya

Membasahi bumi Tuhan keseluruhnya

Mendinginkan dan menyejukkan alam kehidupan

Membersihkan debu-debu kotor di dedaunan

Memberi rahmat dan harapan pada sekalian makhluk.


Lalu sinar mentari menampakkan wajahnya

Menyingkap selimut tirai awan yang meliputi

Pancaran sinaran hangat terasa

Membelai meniup hembusan kehidupan


Pandanglah dongaklah dilangit biru

Lembut warnanya menutupi cekerawala

Indah melambai mengagumkan

Syukur dan takjub mata melihatnya


Pelangi nun jauh mempersona

Dipandang cantik penuh keasyikan

Warna-warnimu berkilau sentiasa

Berpadu lembut menghias angkasa


Waktu silih berganti

Pelangi melangkah pergi

Mentari menenggelamkan diri

Malam tiba penuh kedamaian


Kerdip bintang kembali menghiasi

Berkilau cahaya bak berlian

Menerangi seluruh gelap malam

Menjadi peneman sang rembulan


Sahabatku..

Kita telahpun meniti waktu demi waktu

Berjalan bersama membawa segenggam tujuan

Menjaga untaian persahabatan agar tidak terlerai

Biarlah masa berlalu dan berganti hari

Namun persahabatan kita kekal abadi


Hari ini, ku panjatkan segulung doa untukmu

Kepada Tuhan aku menadah tangan dan memohon

Semoga kebahagiaan, kemuliaan dan kedamaian

Sentiasa melimpah ke atas diri mu

Selagi engkau berpijak di bumi nyata ini


Sahabatku..
kita telah meniti waktu demi waktu
Melangkah bersama dalam untai persahabatan

Mencari mu umpama permata dalam serpihan kaca

Aku rela terluka keranamu sahabat

Kerana kau satu dalam berjuta


Engkaulah sahabat terbaik di sisiku

Walaupun pertemuan kita hanya sementara

Semoga keindahan persahabatan kita kekal selamanya

Seperti indah sang pelangi dan kerdip bintang di malam hari.



Ingatlah kali terakhir anda berada dalam kesulitan

Siapa yang berada di samping anda?

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai?

Siapa yang ingin bersama anda di saat anda tak memberikan apa-apa?

Itulah Sahabat anda Hargailah dan peliharalah ikatan persahabatan yang sungguh istimewa ini



“Ketika kita memperoleh kejayaan, teman dan sahabat mengenal kita

Di kala ditimpa kesengsaraan, kita mengenal teman dan sahabat kita”