Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 1430H

Assalamu'alaikum para pembaca & sahabat sekalian..

Rasanya masih belum terlambat untuk diriku, Alif Roznan dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Al-Mubarak 1430H kepada pembaca yang dikasihi serta rakan kenalan Muslimin & Muslimat. Saya dan keluarga mohon jutaan ampun maaf zahir batin dunia akhirat dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada tersalah silap, terkasar bahasa, kekhilafan, keterlanjuran cakap, perbuatan & segalanya. Moga Syawal kali ini membawa kegembiraan kepada kita semua..

Aidilfitri kali ini disambut dengan agak sederhana tetapi masih ada kegembiraan dan kenikmatannya yang tersendiri. Pada 1 Syawal yang lalu, kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau dekat kawasan kediaman kami di Saujana Utama, Sg. Buloh. Selepas sessi bermaafan dan bergambar bersama keluarga, kami menuju ke destinasi pertama kami di AU3, Keramat iaitu kediaman emak saudara saya, Siti Dermawan dan keluarga. Tujuan utama ke sana adalah untuk bertemu dengan nenda tercinta yang berada di sana di samping beraya dengan saudara mara.

Syawal kali ini kami sekeluarga tidak pulang ke Kuala Kangsar dan Taiping, Perak seperti Syawal sebelumnya kerana saudara mara terdekat serta nenda saya sudah tiada di sana. Bagaimanapun pada hari Sabtu, 27 Sept bersamaan 8 Syawal, kami sekeluarga telah di jemput ke majlis Perjumpaan Keluarga Besar Hj Salleh Bin Hj Mohd Daud di Felda Soeharto, Tg Malim. Beliau merupakan moyang saya di sebelah pihak bapa saya. Lebih kurang 200 orang telah berkumpul di sana dan masih ramai lagi yang tidak mengambil bahagian sama. Kami sekeluarga hanya beraya di sekitar Lembah Klang dan Selangor melawat saudara mara serta sahabat handai dan di samping itu menanti kunjungan mereka ke rumah kami. Walaupun tidak semeriah seperti sebelum ini, Syawal kali ini membawa seribu makna kepada saya dan keluarga (",)

Ini adalah antara gambar-gambar kami sekeluarga pada 1 Syawal yang lepas...


Keluargaku bersama keluarga Pak Ngah, Shahril (sebelah ibu)di Paya Jaras, Sg. Buloh...



3 comments:

ARYN said...

felda soeharto bukan dkt dgn felda sgt tengi ke? selangor kan

Alif Roznan said...

aah aryn,dekat gakla,dkt gak ngn felda gedangsa...
felda soeharto ni sebahagian besar kat Selangor,dkt sempadan la kirenye~~

al€rt "yuhanis" said...

eh..baju raya ko same dgn theme family aku r..hahaha..ramai nou bt color tu erk taun lpas..kiki