Monday, January 31, 2011

Krisis di Bumi Anbiya'



Assalamualaikum teman-teman sekalian

Setelah mengikuti dan meneliti kembali kronologi rusuhan berdarah yang sedang berlaku di Mesir (bumi para Anbiya') melalui media di Malaysia, kita semua beranggapan bahawa krisis ini telah kembali pulih dan semakin aman, tetapi di sana adalah sebaliknya. Sebelum itu, marilah kita ambil sikap berkecuali dan berfikiran positif. Maklumat-maklumat yang diterima adalah dari pelbagai sumber, tidak tahu samada benar atau tidak tetapi mungkin ini adalah juga realitinya. Reformis di sana masih lagi bergiat aktif mahu menjatuhkan pemerintahan Rejim Hosni Mubarak, mereka memberi masa 4 hari iaitu sehingga 2 Feb ini bagi Hosni untuk turun dari tampuk pemerintahannya. Yang amat dirisaukan adalah nasib pelajar-pelajar Malaysia di sana. Mereka secara tidak langsung terlibat dalam krisis ini. Darurat telah diisytiharkan di sebahagian besar bandar di Mesir. Jaringan perhubungan dan pengangkutan terputus sama sekali.

Coretan kali ini bukan untuk menakut-nakutkan tetapi saya rasa lebih bertanggungjawab terhadap nasib saudara seIslam saya di sana, salah seorang sahabat saya juga masih berada di bumi Mesir. Mereka terpaksa melalui rentetan hidup yang dasyat. Suasana di Lapangan Terbang Kaherah semakin sesak, ramai orang yang berpusu-pusu untuk keluar dari kepompong krisis ini. Di khabarkan, masih lagi ramai pelajar Malaysia terkandas di lapangan terbang. Bekalan makanan dan minuman semakin berkurangan sehinggakan ada pelajar kita yang tidak makan selama tempoh 24 jam. Harga barangan keperluan juga melambung tinggi kerana permintaan yang tinggi di tambah dengan penutupan premis-premis kedai di jalanan. Bayangkanlah secawan air di sana boleh mencecah RM100!!.

(Klik untuk tumbesaran)

Pelbagai cerita yang timbul di laman-laman blog dan laman sosial Facebook, ada yang menyampaikan bahawa seorang teman kita di sana di rogol namun masih belum dapat kesahihan berita tersebut. Penjara telah dipecahkan, banduan-banduan telah melarikan diri dari tembok besi itu. Jenayah semakin menjadi-menjadi. Balai polis dibakar dan senjata dirampas, bank juga dirompak. Teman-teman kita terputus hubungan elektrik, air dan internet, hanya talian telefon sahaja yang dapat menghubungkan mereka dengan dunia luar. Bayangkan jikalau telefon mereka juga kehabisan bateri??. Pelajar-pelajar di pedalaman yang paling dirisaukan. Waktu malam adalah waktu paling bahaya untuk mereka keluar rumah.

(Klik untuk tumbesaran)

Sebagai seorang hamba Allah yang hina, saya memohon rakan-rakan di Malaysia ini agar kita sama-sama menadah tangan ke langit meminta agar Tuhan Yang Esa menyelamatkan teman, sahabat handai, pelajar-pelajar dan saudara seIslam kita di sana dari ditimpa musibah ini. Doakan agar mereka dijauhkan dari bencana yang melanda.

Alhamdulillah, saya dengar khabar proses 'evacuation' semakin cerah di sana. Harap pihak pentadbir dan kerajaan Malaysia di sana dapat membantu teman-temanku dengan segera. Berharap sangat agar berita-berita tentang keaadan yang kembali stabil di sana adalah tepat.

Ya Allah, selamatkanlah hamba-hamba-Mu di sana. Mereka adalah teman-teman kami dan juga saudara kami. Ku pohon pada-Mu Ya Allah....Amin

Anda boleh mengikuti perkembangan krisis di Mesir melalui laman sosial Facebook
Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir
@ di blog ini
Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita




3 comments:

farhana rahim aka paan said...

dalam hati ni dah tak tau nak kata risau camne dah... berdoa aje lah yg mampu.. T______T

FarisPharmacistMuslim said...

xsangke sungguh perihatin member aku...

tp best ke x hah..depe dapat cuti lame...

Alif Roznan said...

prihatin la saudara faris..
shbt & saudara kite di sana~~