Tuesday, January 18, 2011

Wanita & Islam



Ajaran Islam yang disampaikan oleh Junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad SAW kepada umat Baginda beribu tahun dahulu telah membawa impak yang besar kepada kaum Hawa. DI waktu orang sekeliling mempersendakan wanita dengan sewenang-wenangnya, Islam telah memberikan pembelaan secara meluas terhadap kaum Hawa ini.


Jika dikaji sejarah lampau, para bangsawan dan mereka yang berkuasa seringkali menindas kaum wanita yang tidak berdaya. Kaum wanita diperkotak-katikkan, dijadikan santapan dan permainan kaum lelaki yang buas. Akan tetapi, telah tiba ajaran Islam di bumi Allah bagi mendedahkan perihal negatif yang sungguh tidak berakhlak ini. Dengan Islam, martabat kaum yang dianggap lemah ini diangkat sebaris dengan kaum Adam, biarpun dari tanah kotor yang berlumpur, kaum wanita dijunjung oleh Islam untuk menduduki dan merasai betapa hebatnya sang singgasana yang kebiasaannya dikuasai oleh lelaki. Yang demikian, Islam telah banyak mengubati jiwa kaum wanita untuk lebih dihormati, di beri penghargaan dan perlindungan, dicintai dan dikasihi dengan sewajarnya.


(gambar sekadar hiasan)


Berikut hadith-hadith mengenai wanita:

1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.


4.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.


9.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".


13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.


18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19.
Daripada Aisyah RA, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


~~Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita Solehah~~


Wassalam

No comments: