“Ya Allah Ya Tuhan ku yang Maha Esa, berikanlah aku petunjuk dan hidayah-Mu untukku mendambakan cintaku kerana-Mu Ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan terbaik yang Engkau Redhai.”
“Wahai gadis idamanku, percayalah bahawasanya aku sangat mencintaimu seikhlas hatiku. Rasa cintaku kepadamu dek kerna luhurnya sifatmu dan akhlakmu serta kebaikan semulajadi dalam dirimu. Sesungguhnya rasa cintaku ini atas sebab tingginya pegangan Agamamu yang memperhambakan dirimu kepada Tuhan Yang Mentadbir Sekalian Alam. Seandainya hilang pegangan Agamamu maka hilanglah jua rasa cintaku kepadamu. Tetapi janganlah dikau gelisah kerana akan ku cuba sedaya upaya untuk membimbing dan menjadi Imam kepadamu andai ditakdirkan kita hidup bersama.”
“Wahai gadis idamanku, aku juga memerlukan bantuanmu, sokonganmu dan bimbinganmu untuk meneruskan hidup yang penuh ranjau ini. Andaikata dikau menjadi suri dalam hidupku, ajarlah dan tegurlah aku akan segala salah silap yang ku lakukan. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.”
“Wahai gadis idamanku, cintailah aku dengan sepenuh hatimu. Pandanglah kepada hatiku dan dalamanku bukan kepada luaranku kerana jika ditakdirkan sesuatu yang buruk terjadi kepadaku, kau masih dan sentiasa berada di sisi ku.”
“Wahai gadis idamanku, aku masih belum mendapat kepastian adakah namamu yang telah tertulis di Luh Mahfuz jauh di atas sana untuk diriku ini. Tetapi aku amat berharap dapat mencuri hatimu kerana cintaku kepadamu Lillahi Taala. Tabahkan hatimu ini Ya Allah agar aku lebih bersedia untuk menerima dirimu dalam hidupku kelak.”
“Wahai gadis idamanku, kekadang aku terfikir, cukup sempurnakah diriku ini untuk menjadi pemimpin kamu? Adakah hatimu benar ikhlas kepadaku? Sedangkan aku terlalu banyak melakukan kesilapan terhadapmu, terlampau banyak melukakan hatimu, matamu yang cantik dan jarang sekali mengalirkan air mata telah ku rosakkan apabila dikau tangisi sesuatu kerana diriku. Maafkan aku wahai gadisku, aku sedar akan segala kesilapanku.”
“Wahai gadis idamanku, cintailah diriku ini ikhlas kerana DIA. Aku mengharapkan agar kita tidak terpesong untuk memelihara cinta yang paling hakiki dan sejati iaitu cinta kepada Yang Maha Mengasihani.”
“Wahai gadis idamanku, aku mengharapkan agar engkau menjadikan serikandi Islam terdahulu sebagai idolamu andai hidup bersamaku kelak. Jadilah isteri yang solehah walaupun tidak sehebat KHADIJAH yang begitu sempurna, tanamkanlah sifat tabah walaupun tidak sekuat RABIATUL ADAWIYAH yang begitu setia dalam sengsara, kuatkanlah imanmu walaupun tidak standing SARAH serta curahkanlah kasih dan sayangmu walaupun tidak setulus ZULAIKHA. Aku juga terpesona dengan kecantikanmu walaupun tidak sejelita BALQIS. InsyaAllah, Tuhan Yang Satu akan menyuluh jalanmu ke jalan yang diredhai-Nya.”
“Wahai gadis idamanku, engkau cinta kedua ku selepas cinta Agung. Dan andainya dikau menerimaku, marilah kita bersama-sama mencari cinta yang tiada bandinganya sebelum kita menjaja cinta kita. Selamilah dengan lebih mendalam agar bertemu cinta dunia dan akhirat.”
“Wahai gadis idamanku, andai dikau terbaca luahan ini, aku benar-benar memohon sejuta kemaafan kepada dirimu dan aku bersedia untuk mencintai dirimu kerana Si DIA. Aku kasih dan sayang dirimu seadanya.”

No comments:
Post a Comment